BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 6, 2010

mari mengenal TEPUNG..

Assalamualaikum..

Entry untuk ari nih, aku nak bg info pasal tepung..korang mesti tau kan yang tepung nih ada manyak jenis..tepung nih sgt2 lah berguna untuk uols y sukakan kerja2 memasak or wateva y berkaitan dengan makanan..dengan mengetahui jenis2 tepung2 nih nanti, senang lah untuk uols nak wat masak cucur ke, kuih ke, kek ke, or puding kew kan..so, lets check it out more about flour..kang salah tepung, masakan pon xjd..to x?

Maksud Tepung..(menambahkan pengetahuan anda cket...)
Tepung yang banyak digunakan pada dasarnya berasal dari gandum, dan juga berasal dari jagung, beras, buah dan sayuran.....

 1. Tepung Gandum Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini paling mudah didapati di pasaran. Ia sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih, roti, pastri ,kek atau biskut. Tepung ini adalah tepung protin sederhana dan kandungan protinnya adalah 9 - 10.5 %.( pastikan kat umah korang ada tepung gandum nih..sebab kalo boring, baek uols belajar wat kuih kew uols.y simple2 pon ok lah..)



2. Tepung Pau
Tepung ini sesuai untuk membuat pau kerana sangat cerah dan putih. Pau juga akan menjadi lembut dan halus. Kandungan protinnya ialah 9.5 - 10.5 %.

3. Tepung Kek
Ia juga dikenali sebagai tepung superfine . Tepung ini jenis rendah protin dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis kek dan pastri..sesape yang suka makan kek, bleyhlah try sindri wat kek macam i ..haha..cheese kek i buat sedappp...sape nak bley tempah..hehe...

4. Tepung Ros Merah (Red Rose Flour)
Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan perangup biskut. Oleh itu ia sangat sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.

5. Tepung Hong Kong
Tepung ini juga dikenali sebagai 'water lily flour' dan ia sangat putih. Ia sesuai untuk membuat kek lapis dan menjadikan kek lembut..Kek lapis sarawak y sedap glew tue guna tepung nih lah...
 
6. Tepung Hoen Kwee
Tepung ini diperbuat dari sejenis kacang dan sering digunakan untuk membuat kuih-muih terutama di Indonesia. Ia boleh didapati dalam peket-peket kecil seberat 85 gm dan terdapat dalam pelbagai warna seperti kuning, putih, hijau dan merah.

7. Tepung Naik Sendiri (Self-Raising Flour)
Tepung ini adalah sejenis tepung kek dan ia telah mengandungi serbuk penaik dan soda bikarbonat dalam kadar yang tertentu. Jika anda menggunakan tepung ini untuk membuat kek, tidak perlulah menambah serbuk penaik dalam resepi anda.

Lain-lain jenis tepung yang biasa kita gunakan adalah tepung kastad, tepung jagung, tepung ubi, tepung beras, tepung pulut, tepung susu dan lain-lain yang digunakan hanya sedikit sahaja.

* Pesanan khas dr roz-cjantunghati:  pastikan uols guna tepung yang sesuai untuk produk uols nanti agar produk uols nanti sedappp..

0 comments: