BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 17, 2010

Juadah di hari raya qurban,..

assalamualaikm semua..n hye..

hari nih semua umat islam di seluruh dunia merayakan hari raya aidiladha..Di kesempatan nih juga, aku nak ucapkan selamat berhari raya n maaf zahir batin ..amin..

entry kali nih, nak ajak korang buat puding karamel sebab ni juadah y aku sediakan sendiri pg2 tadi untuk santapan kuarga tercinta untuk raya dis year..ewaahh....hehe...

act, nak wat puding nih senang jer..u all kena sediakan:

* (400ml) susu segar/susu cair
* 5 sudu besar gula halus
* 6 biji telur
* 2-3 titik esen vanila
*tepung kastard + tepung jagung
*Gula kastor

 [ KARaMEL ]
* 5 sudu besar gula
* 2 sudu besar air

Cara-cara

1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Masukkan telur n sambil kacau, masukkan gula sedikit demi sedikit kemudian masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam bahan no. 2 tadi. Kacau sehingga sebati. Untuk mendapatkan hasil yang baik, u all buleyh blend semua bahan2 nih agar lebih halus. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
7. Bila dah masak, biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

so, nih lah hasil puding karamel y da ciap aku wat pg td..hehe..

                                           hasil puding karamel buatan cik nana..huhu..

So, u ALL, selamat mencuba yerh..kalo u all nak beli, sepotong RM2 ..mahal kan..hikhik..baek buat sendiri..

3 comments:

Bazilah said...

wah nak try! eh salah, nak sikit! :D

rozana razlan said...

boleyh cik baz..nanti bila2 aku wtkan untuk ko yerh..

Ashiya Mizuki said...

wah, cik rozana dok wat kueh. bgus2..hehe